20 Soalan Paling Lazim Tentang Islam

20 Soalan Lazim Tentang IslamPernahkah anda berhadapan dengan situasi, di mana anda perlu menjawab soalan-soalan berkaitan Islam, yang diajukan oleh golongan non-muslim?

Soalan-soalan tersebut sememangnya kedengaran enteng bagi kita para muslimin, tetapi cuba terangkan jawapannya kepada non-muslim, yang amat berbeza persepsinya, gaya hidupnya, dan cara berfikirnya.

Buku yang diterbitkan oleh Saba Islamic Media ini menyajikan soalan-soalan lazim yang ditanya oleh non-muslim, seperti:

  1. Adakah Islam disebarkan melalui mata pedang?
  2. Adakah orang Islam menyembah kaabah?
  3. Mengapa umat Islam terbahagi kepada beberapa mazhab?
  4. Semua agama mengajar penganutnya ke arah kebaikan, maka mengapa perlu menganut hanya agama Islam?
  5. Hijab wanita
  6. Poligami
  7. Mengapa orang bukan Islam tidak dibenarkan ke Mekah?

Kesemua soalan ini dijawab dengan menggunakan logik dan sains oleh Dr. Zakir Abdul Karim Naik, seorang doktor perubatan yang meninggalkan kerjaya perubatannya demi kegiatan dakwah sepenuh masa. Beliau terkenal dengan kebolehannya menapis dan menjawab soalan mencabar, dan berdebat tentang perbandingan agama dengan pakar-pakar agama lain.

Buku ini berketebalan 61 muka surat sahaja. Saiznya handy dan dijual pada harga RM5. Selain digunakan sebagai panduan peribadi, ataupun sebagai persediaan kemungkinan menghadapi tujahan soalan dari kaum non-muslim, buku ini juga boleh dihadiahkan kepada rakan non-muslim yang rajin dan minat bertanya tentang Islam. Penyampaian dan gaya bahasanya mudah difahami. Juga terdapat dalam versi bahasa Inggeris.

1 Comment »

  1. agungpambudi81 said,

    assalamualaikum.

    nice story. brother u can see this site http://worldmoslem.wordpress.com/
    that about moslem in the world.

    walaiku salam


Leave a Comment