A Series of Unfortunate Events

Penulis: Lemony Snickett

Penerbit: HarperTrophy

The Bad Beginning

Buku kanak-kanak mempunyai tarikan dari segi plot dan gaya bahasa yang mudah. Sekiranya anda ingin meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, elok juga selang-selikan bahan bacaan dewasa dengan buku kanak-kanak.

Siri ini merupakan pilihan yang tepat jika anda sedang melatih anak membaca buku-buku fiksyen bahasa Inggeris. Mungkin ada yang lebih menyukai Harry Potter kerana jalan ceritanya yang agak rumit tetapi menghiburkan, tetapi buku ini patut diberi perhatian yang sama. Harry Potter bersandarkan fantasi magis dan ahli sihir. Siri Unfortunate Events pula berlatarkan alam nyata, seputar kisah kesusahan anak-anak yatim piatu yang terpaksa bergantung kepada diri sendiri untuk menghadapi cabaran hidup.

Lemony Snickett (LS) menggunakan teknik penceritaan orang ketiga dan beliau selang-selikan sudut pandangannya sendiri sebagai seorang pencerita. Beberapa perkataan diterangkan maksudnya dari segi konteks penggunaan dan kaitannya dalam perenggan cerita tersebut. Tetapi penerangan maksud perkatan itu tidaklah seperti pengajaran di dalam kelas, sebaliknya disesuaikan seolah-olah ia datang dari pemikiran dan perspektif si pencerita. Contohnya seperti berikut:

(Petikan dari “The Reptile Room – buku No. 2)

Dramatic irony is a cruel occurence, one that is almost always upsetting, and I’m sorry to have it appear in this story, but Violet, Klaus, and Sunny have such unfortunate lives that it was only a matter of time before dramatic irony would rear its ugly head.

Memang cerita ini tidak mempunyai akhiran yang menggembirakan. LS bahkan telah memberi amaran sejak awal cerita bahawa buku tersebut tidak sesuai untuk pembaca yang ‘lemah’ jiwa dan perasaannya.

Jika Voldermort menjadi watak jahat utama dalam kisah-kisah Harry Potter, di dalam siri Unfortunate Events pula watak Count Olaf merupakan si penjahat yang berusaha merampas harta pusaka 3 beradik yang malang itu; Violet, Klaus, dan Sunny. Sudahlah jatuh, ditimpa tangga pula. Kematian kedua-dua ibu bapa mereka menyebabkan 3 beradik ini terpaksa dihantar kepada saudara terdekat.

Mengenangkan kesusahan mereka, yang hanya boleh memiliki harta pusaka setelah Violet mencapai umur 18 tahun, menyebabkan saya rasa bertuahnya dilahirkan sebagai Islam. Saya mengambil masa yang agak lama untuk menerima dan memahami hukum faraid. Bersifat suka berdebat, abang sayalah yang sering menjadi tempat tujahan hujah-hujah saya. Tetapi memandangkan beliau juga seorang kaki bahas, beliau dapat mematahkan juga serangan hujah saya dengan baik dan tenang. Itupun, saya tidak terus akur akan kebaikan hukum pembahagian harta faraid ini. Memang benarlah akal manusia ini tidak semestinya dapat menjangkau kebaikan di sebalik hukum-hukum Allah.

Berbalik kepada kisah Violet, Klaus dan Sunny. Mereka adalah anak-anak pintar yang tidak mudah mengalah. Walaupun terpaksa berhadapan dengan kebusukan hati Count Olaf, Violet dan Klaus tidak putus-putus memikirkan jalan keluar kepada masalah yang dihadapi. Walaupun mereka akhirnya berjaya mengatasai halangan tersebut, penghujung cerita tidak membenarkan pembaca menarik nafas lega serta-merta. Itulah “cliffhanger” cerita ini, yang mendesak pembaca mendapatkan buku seterusnya dalam siri Unfortunate Events.

4 Comments »

  1. Minah Jerman said,

    Salam. Saya cuma ingin memperbetul nahu, bukan dengan tujuan mencari kesalahan tetapi akibat semangat yang besar untuk berkongsi ilmu yang sedikit dan demi ‘bahasa jiwa bangsa’.

    Dalam ayat ‘Sekiranya anda ingin meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, …’ subjek ialah ‘anda’, jadi perkataan ‘diselang-selikan’ dalam ayat seterusnya iaitu ‘elok juga diselang-selikan …’ menjadikan yang diselang-selikan itu ‘anda’ dan bukannya ‘usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris’. Cadangan saya ialah: ‘Sekiranya anda ingin meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, elok juga selang-selikan pembacaan bahan bacaan dewasa dengan buku kanak-kanak.

    Demikian seterusnya.

    Seperkara lagi, mungkin ‘wajib’ boleh ditukar kepada ‘mesti’ atau ‘perlu’? Ini kerana, sesuatu yang wajib jika tidak dibuat menjadi berdosa.

    Wallahualam.

  2. bunnybaby said,

    Alhamdulillah. Teguran seperti inilah yang saya tunggu-tunggu. Terima kasih kepada Minah Jerman. Perenggan tersebut sudah saya perbetulkan. Akan tetapi, saya kurang pasti berkenaan perkataan ‘wajib’ yang saudari sebutkan, kerana di dalam teks ulasan ini, ia tidak terdapat di mana-mana perenggan pun?

  3. bunnybaby said,

    Oh! I got what you meant. I’ve been debating with myself on changing that back to English interface, but then it would seem inappropriate, considering my contents are primarily in Malay. Now it’s back to English, as the Malay translation is not accurate.

  4. sweet girl said,

    sye rse buku ni best sgt terutama watak sunny cute sgt!!!!


Leave a Comment